Thursday, 19 April 2012

TAMADUN CINA


LATAR BELAKANG


                                  Wilayah Tamadun Cina

Tamadun China bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di duni. Tamadun China bertempat di Yangtze dan Huang Ho. Tamadun China telah berbahagi kepada beberapa zaman:                                          

 Zaman Pendahuluan   
 Dinasti Hsia, Dinasti Shang Dan Dinasti Chou muncul di zaman ini.Peperangan merupakan ciri utama  pada tahap ini serta falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools Tought dimunculkan.                                                                                         

Zaman Pertengahan / Zaman Keagungan / Zaman Keemasan   
 Tamadun ini bermula dengan Dinasti Chin, Dinasti Han dan Dinasti Tang. Zaman ini adalah zaman yang diceroboh oleh orang Gazar dan ditakluk oleh orang Monggol serta diperintah oleh orang asing.                                                                                       

 Zaman Moden   
 Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada China kerana dipengaruhi oleh agama barat.


BAHASA DAN SISTEM PENULISAN CINA
Bahasa cina merupakan satu-satunya bahasa yang masih kekal, hidup dan berkembang dan digunakan sehingga masa kini berbanding dengan bahasa-bahasa kuno yang lain. Ini disebabkan oleh  hanya satu tulisan bercirikan karektar diguna pakai oleh semua rakyat Cina. Ini merupakan faktor penting dalam menyatupadukan rakyat Cina dan mendatangan perkembangan terhadap tamadun.

Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf Cina, iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie (loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).

  liushu


SISTEM POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sejak tempoh sebelum dinasti Qin (221SM-209SM). Antara aliran pemikiran politik yang terutama ialah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme.


Konfusianisme
  • berasaskan perhubungan sesama manusia (renlun) yang berperikemanusiaan dan bermoral.

Daoisme
  • cenderung kepada fahaman anarki dalam erti kata moden pada masa kini. 
  • mencadangkan gaya pemerintahan tanpa menguatkuasakan sebarang usaha yang keras (wuwel) dan  kehidupan secara primitif yang mengharmonikan diri dengan alam semesta.
  • pemikiran ini tidak mendatangkan impak yang besar kepada sistem politik negara China.

Legalisme
  •  memberi kesan sebenar kepada tempoh sebelum dinasti Qin yang huru-hara
  •  membawa pembaharuan dengan menggantikan sistem pemerintahan feudal bercirikan pelbagai negeri atau jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commanderies dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik terpusat memperoleh kuasanya. 
  • Sistem birokrasi ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan China.

Moisme
  • menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukan kekuasaan pusat (shangtong).
  • menggalakkan berjimat-cermat (jieyong).
  • melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan ke jawatan kerajaan.
  • Oleh sebab kadang-kadang sukar hendak dipatuhi sepenuhnya,pemikiran politik aliran Moisme kemudiannya diketepikan oleh pihak pemerintah.
Selepas dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220 TM), keempat-empat aliran pemikiran politik telah bersepadu. Namun,golongan pemerintah China biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme sedangkan menguatkuasakan pentadbiran negara menerusi pemikiran Legalisme. Pemikiran politik aliran Moisme dan Daoisme mungkin memainkan peranan yang membawa kepada ideologi pembaharuan atau menjadi batu api kepada permulaan satu-satu revolusi termasuk mewujudkan pemberontakan terhadap pemerintah. Namun begitu, selepas pihak pemberontak berjaya menguasai dan memimpin negara, ideologi yang merupakan cantuman Konfusianisme dan Legalisme itu tetap berkesinambungan dan memainkan peranan yang terpenting dalam sistem pentadbiran negara.
                                                                         




SUMBANGAN TAMADUN CINA


EMPAT CIPTAAN AGUNG 

 1.    Kertas

Prosedur-prosedur membuat kertas masa Dinasti Han

·         dicipta oleh Cai Lun dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105.


2.    Teknik Pencetakan
Buku bercetak pertama (Jingangjing) di dunia masih wujud sehingga kini

Peralatan untuk bercetak


  •  Diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Tang (tahun 618-906).
  •  Buku bercetak yang paling awal ialah jingangjing (Kitab Sutra Diamond) bertarikh 11 Mei 868.
  •  Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum.
3.    Bahan Letupan


Bahan Letupan masa Dinasti Tang(kurun ke-9)

·         Dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang dengan mencampurkan saltpeter, sulfur dan karbon.
·         Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api.
·         Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906).

      4.    Kompas


Kompas ciptaan Cina

·    Semasa dinasti Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China.
·    Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism).   
·    Menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai.
·         Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.





Bidang Astronomi

Ahli astronomi Cina, Zhangheng (tahun 79-135)

Pada zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet.
 Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun.


Kalender digunakan semasa Tmadun Cina
Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.


Bidang Matematik    



Sempoa
  • Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat.

    Buku jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik)
  • Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif.
  • Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini. 

Teknologi Cina


 Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan.
    
  •  Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness). Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah.
 
    Breast Strap Harness
    
  •    Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.
Kereta sorong

  •  Kain sutera dibawa dari Chinake dunia Barat semasa pemerintahan era Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-6.

Pakaian yang dibuat daripada kain sutera

  • Fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi.


    ISU SEMASA

    TITIK PUSAT URAT SARAF

    Titik pusat urat saraf dalam badan kita.

    Titik pusat urat saraf juga dikenali sebagai akupuntur mata, yang terletak dalam laluan tenaga (meridian). Titik pusat urat saraf ini dicipta oleh Hua Tuo. Hua Tuo adalah saintis perubatan yang terkenal di China. Selain daripada titik pusat urut saraf, di juga mencipta ubat bius untuk pembedahan pada masa dahulu. Ia tertakluk dalam sejarah pemohanan Dunia Perubatan sebagai rawatan pembedahan menggunakan anestesia am yang terawal.
    Hua Tuo





















    Jenis-jenis rawatan perubatan yang berdasarkan titik pusat urat saraf:

    • Urutan
    • Bekam
    • Akupuntur



    Urutan

    Rawatan urut tradisional refleksiologi merupakan suatu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat urat saraf yang ada di badan yang mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.

    Terdapat beberapa jenis urutan:
    • Urut tradisional Refleksiologi Tapak Kaki 







    • Urut tradisional Refleksiologi Tapak Tangan


















    • Urut tradisional Refleksiologi Telinga










    •  Urut tradisional Seluruh Badan










    Kaedah ini boleh memulihkan fungsi-fungsi anggota badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri, yakni pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak. Apabila pengaliran darah di seluruh dunia normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat. Jadi secara umumnya, rawatan urut tradisional refleksiologi adalah untuk memastikan seseorang itu dalam keadaan sihat.

    Bekam

    Kaedah bekam mempunyai banyak manfaat kepada kita, antaranya:
    • Mengeluarkan darah kotor, baik darah yang teracuni maupun darah yang statis, sehingga peredaran darah yang semula tersumbat menjadi lancar kembali.
    • Meringankan tubuh. Banyaknya kandungan darah kotor yang menumpuk di bawah permukaan kulit seseorang akan mengakibatkan terasa malas dan berat. Jika dibekam, maka akan meringankan tubuhnya. 
    • Menajamkan penglihatan. Tersumbatnya peredaran darah ke mata mengakibatkan penglihatan akan menjadi buram. Setelah dibekam, peredaran darah yang tersumbat kembali lancar dan mata bisa melihat dengan terang.
    • Menghilangkan berbagai macam penyakit.



    AKUPUNTUR 

    Akupuntur ialah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik pusat urat saraf. Akupuntur merupakan satu cara rawatan kemudian berkembang menjadi satu cabang pelajaran. Ilmu akupuntur ialah ilmu yang mengkaji teknik dan prinsip rawatan akupuntur.
    Faedah rawatan akupuntur:
    • Mengurangi Ngeri
    • Meningkatkan kesuburan
    • Menghaluskan kulit 
    • Melangsingkan tubuh