LATAR BELAKANG
Tamadun China bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di duni. Tamadun China bertempat di Yangtze dan Huang Ho. Tamadun China telah berbahagi kepada beberapa zaman:
Zaman Pendahuluan
Dinasti Hsia, Dinasti Shang Dan Dinasti Chou muncul di zaman ini.Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini serta falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools Tought dimunculkan.
Zaman Pertengahan / Zaman Keagungan / Zaman Keemasan
Tamadun ini bermula dengan Dinasti Chin, Dinasti Han dan Dinasti Tang. Zaman ini adalah zaman yang diceroboh oleh orang Gazar dan ditakluk oleh orang Monggol serta diperintah oleh orang asing.
Zaman Moden
Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada China kerana dipengaruhi oleh agama barat.
BAHASA DAN SISTEM PENULISAN CINA
Bahasa cina merupakan satu-satunya bahasa yang masih kekal, hidup dan berkembang dan digunakan sehingga masa kini berbanding dengan bahasa-bahasa kuno yang lain. Ini disebabkan oleh hanya satu tulisan bercirikan karektar diguna pakai oleh semua rakyat Cina. Ini merupakan faktor penting dalam menyatupadukan rakyat Cina dan mendatangan perkembangan terhadap tamadun.
Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf Cina, iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie (loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).
liushu
SISTEM POLITIK DAN PEMERINTAHAN
Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sejak tempoh sebelum dinasti Qin (221SM-209SM). Antara aliran pemikiran politik yang terutama ialah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme.
Konfusianisme
- berasaskan perhubungan sesama manusia (renlun) yang berperikemanusiaan dan bermoral.
Daoisme
- cenderung kepada fahaman anarki dalam erti kata moden pada masa kini.
- mencadangkan gaya pemerintahan tanpa menguatkuasakan sebarang usaha yang keras (wuwel) dan kehidupan secara primitif yang mengharmonikan diri dengan alam semesta.
- pemikiran ini tidak mendatangkan impak yang besar kepada sistem politik negara China.
Legalisme
- memberi kesan sebenar kepada tempoh sebelum dinasti Qin yang huru-hara
- membawa pembaharuan dengan menggantikan sistem pemerintahan feudal bercirikan pelbagai negeri atau jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commanderies dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik terpusat memperoleh kuasanya.
- Sistem birokrasi ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan China.
Moisme
- menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukan kekuasaan pusat (shangtong).
- menggalakkan berjimat-cermat (jieyong).
- melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan ke jawatan kerajaan.
- Oleh sebab kadang-kadang sukar hendak dipatuhi sepenuhnya,pemikiran politik aliran Moisme kemudiannya diketepikan oleh pihak pemerintah.
Selepas dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220 TM), keempat-empat aliran pemikiran politik telah bersepadu. Namun,golongan pemerintah China biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme sedangkan menguatkuasakan pentadbiran negara menerusi pemikiran Legalisme. Pemikiran politik aliran Moisme dan Daoisme mungkin memainkan peranan yang membawa kepada ideologi pembaharuan atau menjadi batu api kepada permulaan satu-satu revolusi termasuk mewujudkan pemberontakan terhadap pemerintah. Namun begitu, selepas pihak pemberontak berjaya menguasai dan memimpin negara, ideologi yang merupakan cantuman Konfusianisme dan Legalisme itu tetap berkesinambungan dan memainkan peranan yang terpenting dalam sistem pentadbiran negara.
No comments:
Post a Comment